Presiden PAS Bertanding di Parlimen Pekan? - Semasa | mStar

Presiden PAS Bertanding di Parlimen Pekan?

MARANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat berkata terpulang kepada parti menentukan kerusi mana beliau bertanding termasuk kerusi Parlimen Pekan yang disandang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jika diminta berbuat demikian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

"Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Jika parti hendak suruh bertanding di (Parlimen) Pekan, saya bertandinglah di Pekan," katanya.

Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Rhu Rendang bercakap kepada pemberita pada majlis pelancaran dana PRU-13 Dewan Muslimat PAS Terengganu di sini. Beliau turut berkata pihaknya telah hampir selesai mengenal pasti calon yang akan bertanding dalam PRU-13.

"Calon keseluruhannya telah siap, boleh dikatakan 90 peratus seluruh negara. Insya-Allah, akan ada calon muslimat (wanita), calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan ada dan mengikut kesesuaian," katanya.

Tegas beliau, PAS telah menggerakkan barisan jenteranya dengan melawat kawasan tumpuan sebagai persiapan menghadapi PRU-13 sejak setahun lepas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain