suria

Polis Tembak Mati 298 Penjenayah Dalam Tempoh 5 Tahun

KUALA LUMPUR: Sejumlah 298 orang penjenayah telah ditembak mati oleh polis dalam tempoh lima tahun ini dengan separuh daripada jumlah itu adalah warga Indonesia.

Daripada jumlah tersebut, 13 orang penjenayah ditembak mati pada 2007; 85 (2008); 88 (2009); 45 (2010); 30 (2011) dan 37 sejak Januari hingga Ogos tahun ini.

Dalam jawapan bertulis yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri ketika menjawab soalan Dr Michael Jeyakumar (PSM-Sungai Siput) pada sidang Dewan Rakyat pada Selasa, daripada jumlah 298 orang penjenayah yang ditembak mati itu, 296 adalah lelaki manakala dua lagi wanita.

Mereka berusia antara 16 hingga 60 tahun.

Tiga belas lagi adalah di bawah umur 20 tahun.

Daripada jumlah itu juga, 134 orang adalah warga tempatan, 151 Indonesia, lima Vietnam, tiga Myanmar, dua Thai, seorang warga Nigeria, Liberia dan seorang lagi tidak dikenalpasti identitinya.

Artikel Lain