suria

SPRM Periksa Calon BN Berpotensi Secara Komprehensif

PETALING JAYA: Calon Barisan Nasional (BN) yang berpotensi untuk pilihan raya umum akan datang melalui pemeriksaan yang menyeluruh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis apabila parti pemerintah itu melangkah jauh untuk membariskan calon yang benar-benar berwibawa.

Pemeriksaan dijalankan begitu komprehensif pada masa ini malah kelayakan akademik calon yang berpotensi diperiksa sekali lagi.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dikatakan telah mengemukakan calon-calon negeri yang disenarai pendek kepada suruhanjaya tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull mengesahkan bahawa polis dan agensi-agensi lain juga terlibat dalam pemeriksaan itu.

Penyandang Ahli Parlimen BN dan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga diperiksa dalam latihan berasingan.

Mohd Shukri berkata, laporan pemeriksaan itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan lepas.

"Kami memeriksa untuk melihat sekiranya terdapat mana-mana kes atau fail siasatan terhadap mereka, memberi tumpuan kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya kepada The Star.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor ketika dihubungi berkata: "semua yang diperlukan untuk diperiksa akan diperiksa.”

"Semuanya sedang dilakukan untuk memeriksa calon-calon. Kami mempunyai beberapa cara untuk melakukannya," katanya, sambil menambah bahawa BN mahu calon-calon yang boleh dipertanggungjawab seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Sementara itu, Umno akan memantau mereka yang sabotaj jentera pilihan raya parti jsekiranya pemimpin yang disokong mereka tidak dipilih sebagai calon.

Timbalan pengerusi jawatankuasa disiplin parti itu, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, pasukan membuat pemantau bagi memeriksa perkembangan di bahagian parti yang sudah dikenal pasti ahli dengan "berpotensi untuk menimbulkan masalah".

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain