suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Bermotosikal Maut Dilanggar Kereta

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas maut dalam perlanggaran melibatkan motosikal yang ditunggangnya dengan sebuah kereta di Kampung Pak Katak di sini petang Ahad.

Pegawai Penyiasat Polis Trafik Daerah Kuala Terengganu, Inspektor Che Rusilan Che Ya berkata, Embong Jusoh, 69, dari Kampung Pengkalan Arang di sini meninggal dunia di tempat kejadian yang berlaku kira-kira 6.15 petang.

"Mangsa dengan motosikal melintas dari kiri ke kanan Jalan Tengku Mizan di Kampung Pak Katak berlanggar dengan kereta dari arah Batu Enam yang dipandu oleh seorang wanita.

"Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian. Wanita berkenaan bagaimanapun tidak cedera," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Che Rusilan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain