55 Peratus Tenaga Kerja Wanita Di Malaysia Menjelang 2015 - Semasa | mStar

55 Peratus Tenaga Kerja Wanita Di Malaysia Menjelang 2015

KUALA LUMPUR: 5 Okt (Bernama) -- Malaysia dijangka memiliki 55 peratus tenaga kerja wanita menjelang 2015, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Mayarakat, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur.

Beliau berkata pelbagai program akan dilaksanakan bagi mencapai sasaran tersebut termasuk waktu kerja fleksibel, bekerja dari rumah dan menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja.

"Menurut Laporan Bank Dunia, sehingga 2011, kadar penyertaan tenaga kerja wanita di Malaysia ialah 47.9 peratus iaitu di bawah kadar purata negara Asia Timur dan Pasifik yang lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Pembangunan Dunia 2012 mengenai Persamaan Gender dan Pembangunan di sini.

Noorul Ainur berkata 71 pusat penjagaan kanak-kanak ditubuhkan di pelbagai agensi kerajaan dan 20 di sektor swasta untuk ibu bekerja.

Laporan pembangunan berkenaan menyebut menggalak penyertaan wanita kepada peluang pekerjaan dan ekonomi boleh meningkatkan produktivi di rantau berkenaan. Beliau berharap pihak berkepentingan akan mengguna pakai sepenuhnya laporan itu bagi memastikan strategi dan inisiatif ke arah persamaan gender di Malaysia adalah setanding dengan standard antarabangsa.

Katanya peruntukan RM50 juta kepada wanita dalam Belanjawan 2013 perlu digunakan untuk melatih wanita sebagai anggota lembaga pengarah syarikat bagi membantu mencapai sasaran kerajaan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar.

Belanjwan tersebut akan turut digunakan untuk Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) dalam keusahawanan, program Get Malaysian Business Online untuk melatih 50,000 usahawan kecil secara online dan saringan mamogram percuma. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain