suria

Pakatan Nak Adakan Satu Lagi Perhimpunan Besar 3 Nov Ini

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) bercadang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 3 November ini di Stadium Bukit Jalil untuk menuntut pilihan raya yang bersih.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Rabu.

Menurut beliau, PR mahu mengadakan perhimpunan itu kerana lapan tuntutan Bersih mengenai pilihan raya bersih tidak diendahkan oleh pihak berwajib.

Jawatankuasa Bersih dalam tuntutan mereka mahukan daftar pemilih yang bersih, pembaharuan ke atas sistem undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh berkempen minimum 21 hari, liputan media yang lebih adil, pengukuhan institusi awam dan penghapusan politik yang korup dan kotor.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

14 Pati Ditahan Polis Marin

Artikel Lain