Projek Mersing Laguna Dibatal, Titah Sultan Johor - Semasa | mStar

Projek Mersing Laguna Dibatal, Titah Sultan Johor

MERSING: Sultan Johor bertitah projek pembangunan Mersing Laguna bernilai RM22 bilion dibatalkan berikutan kegagalan pemaju projek mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditandatangani pada 25 Februari lepas.

Menurut Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, baginda sentiasa mengawasi kemajuan projek itu dan memastikan ia dijalankan dengan sempurna.

"Mengikut perjanjian, pihak pemaju hendaklah meningkatkan modal berbayar RM200 juta. Namun sehingga hari ini, setelah tamat tempoh enam bulan, pihak pemaju masih gagal untuk memenuhi syarat asas tersebut.

"Dengan kegagalan tersebut, maka projek ini dengan sendirinya adalah terbatal," menurut Sultan Johor yang bertitah pada majlis hari ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing di sini Sabtu.

Sultan Johor bertitah baginda sendiri merasmikan majlis pecah tanah projek mega itu pada 14 April lepas.

Pemaju bagi projek Mersing Laguna itu merupakan syarikat tempatan, Radiant Starfish Development Berhad.

Projek Mersing Laguna yang akan meletakkan Mersing di dalam peta pelancongan dunia itu membabitkan pembinaan 22 hotel dan resort, marina, taman tema air dan pusat membeli-belah.

Ia juga melibatkan usaha tambakan laut bagi mewujudkan tiga pulau buatan manusia. Fasa pertama projek itu dijangka siap dalam tempoh tujuh tahun.

Sultan Johor menasihatkan kerajaan supaya sentiasa berhati-hati apabila menerima dan menilai cadangan pembangunan yang dikemukakan oleh mana-mana pihak.

Negeri Johor titah baginda sememangnya sedang pesat membangun dan sentiasa terbuka kepada mana-mana pemaju yang betul-betul komited, mempunyai kepakaran dan modal yang nyata.

"Sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan mencari jalan mudah untuk mengaut keuntungan, maka pergilah ke tempat lain kerana tiada tempat untuk orang seperti ini di negeri Johor," menurut baginda.

Setiap apa yang berlaku menurut Sultan Johor, akan diperhatikan baginda bagi menjamin pembangunan yang dibuat itu benar-benar berjaya dan memberi faedah kepada rakyat dan negeri Johor. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.