suria

Kemelut Umno Sungai Petani Selesai - Ahmad Bashah

SUNGAI PETANI: Kemelut Umno Bahagian Sungai Petani dianggap selesai apabila Badan Perhubungan Umno Kedah bersetuju mengembalikan kuasa pentadbiran sejak mengambil alih tahun lepas kepada jawatankuasa bahagian itu dalam masa terdekat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kelancaran persidangan perwakilan bahagian itu pada Sabtu tanpa sebarang pertikaian atau masalah mencerminkan masalah bahagian telah diselesaikan.

"Saya gembira melihat semua pimpinan bahagian dan bekas pemimpin dapat duduk semeja. Dengan perkembangan ini, saya yakin kita dapat hadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang tanpa masalah.

"Persiapan dan kerjasama semua ahli supaya mesyuarat ini lancar menyebabkan saya tidak teragak-agak menyerah kembali pentadbirannya kepada jawatankuasa bahagian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian itu di Institut Kemahiran Mara (IKM), di sini Sabtu.

Ahmad Bashah berkata perpaduan dalam Umno Bahagian Sungai Petani memberi gambaran kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali kerusi Parlimen Sungai Petani daripada pakatan pembangkang termasuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pantai Merdeka, Bakar Arang dan Sidam.

Pada pada PRU 2004, BN menang 4-0 iaitu kerusi Parlimen dan tiga kerusi DU Ndengan majoriti yang banyak di Sungai Petani tetapi tewas semua kerusi pada 2008 kerana masalah dalam bahagian itu, katanya.

Ahmad Bashah berkata jentera pilihan raya Umno dan BN Kedah bertambah kuat dan yakin sokongan rakyat akan kembali kepada BN apabila semua masalah dalaman parti dapat diselesaikan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain