suria

Timb Pendakwa Raya Fail Rayuan Bantah Keputusan Juruletrik Diperintah Berkelakuan Baik

GEORGE TOWN: Timbalan pendakwa raya, Lim Cheah Yit akan memfailkan rayuan pada Khamis bagi membantah keputusan Mahkamah Sesyen terhadap juruletrik Chuah Guan Jiu yang dikenakan bon jaminan berkelakuan baik selepas didapati bersalah merogol.

Beliau akan membuat rayuan terhadap keputusan penghakiman itu yang mempunyai persamaan dengan penalti yang dikenakan ke atas pemain boling tenpin negara, Noor Afizal Azizan kerana merogol gadis bawah umur.

Lim berkata: “Saya kecewa (dengan keputusan penghakiman). Ia merupakan satu tindakan atas persetujuan bersama antara kedua-dua pihak tetapi gadis itu masih muda.”

Bapa kepada mangsa rogol (ketika itu berusia 12 tahun dan 14 pada tahun ini) meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan keputusan penghakiman kepada para pemberita apabila menemuinya di flat Air Itam pada Rabu.

Dia yang berusia 40an, berkata akan mengemukakan rayuan bagi hukuman yang lebih berat terhadap Chuah.

Duda itu enggan mengulas lanjut manakala seorang wanita yang merupakan saudaranya juga tidak gembira dengan keputusan itu.

Pegawai Kanan Program Persatuan Tindakan Wanita, Lee Wei San berkata, organisasi itu “bimbang” berhubung dengan keputusan itu dan merujuk kepada “masa depan” Chuah.

Satu kiasan yang sama dibuat berhubung kes Noor Afizal.

"Ini seolah-olah menjadikan alasan standard bagi hukuman ringan ke atas undang-undang kes rogol. Kami tidak sabar membaca penghakiman bertulis (dalam kes Chuah),” katanya.

Pengarah Eksekutif Protect and Save the Children (Selamatkan dan Lindungi Kanak-Kanak), P. Nagasayee Malathu mengemukakan rayuan kepada badan kehakiman demi kepentingan terbaik mangsa untuk mencegah kesalahan berlaku pada masa depan.

Chuah pada Selasa dibebaskan dengan perintah berkelakukan baik dengan ikat jamin RM25,000 selepas didapati bersalah merogol gadis berkenaan dalam dua kejadian pada tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen, Sitatun Nisa Abdul Aziz dalam keputusannya berkata, mahkamah mengambil kira bahawa Chuah ketika itu masih muda dan ia merupakan kesalahan pertama.

Sementara itu, seorang bekas pegawai polis berusia 54 tahun turut mempersoalkan keputusan mahkamah.

Pekerja sosial, Datuk Dr E. Selvarajoo berkata, perogol yang disabitkan kesalahan tidak seharusnya dilepaskan dengan mudah.

“Sekurang-kurangnya dia perlu dihantar ke penjara demi kepentingan awam,” kata Selvarajoon, yang merupakan pesara berpangkat sarjan.

Artikel Lain