suria

Tabung Haji, 1MDB Biayai Ketua Masyarakat Tunai Haji

PUTRAJAYA: Seramai 400 ketua masyarakat akan ke Makkah bagi menunaikan haji dengan bantuan pembiayaan daripada Lembaga Tabung Haji dan Yayasan 1MDB.

Para jemaah itu termasuk 200 imam dan 200 ketua kampung serta pengerusi jawatankuasa keselamatan, kemajuan kampung dan jawatankuasa keselamatan, kemajuan persekutuan, yang mana rombongan mereka akan dibiayai di bawah program tajaan menunaikan haji.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyampaikan surat tawaran itu kepada para penerima, berkata mereka yang dipilih adalah di kalangan imam dan ketua kampung yang disanjungi kerana mereka merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat.

Ia merupakan kali kedua sejak ketua-ketua komuniti dipilih menjadi sebagai sebahagian daripada program tersebut, dengan 11 orang telah pergi menunaikan haji apabila ia mula dilancarkan pada tahun lepas.

Di bawah program tersebut pada tahun ini, Lembaga Tabung Haji memperuntukkan RM2 juta bagi menghantar 400 jemaah menunaikan haji, manakala Yayasan 1MDB akan menyumbang RM4 juta lagi.

Artikel Lain