Polis Temerloh Tumpaskan Sindiket Curi Kenderaan - Semasa | mStar

Polis Temerloh Tumpaskan Sindiket Curi Kenderaan

TEMERLOH: Polis Temerloh percaya mereka menumpaskan satu sindiket mencuri kenderaan yang dipercayai aktif di Pahang dan kawasan Lembah Klang sejak tiga bulan lepas berikutan penangkapan lima anggotanya.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, anggota-anggota sindiket yang berumur antara 24 hingga 36 tahun ditangkap dalam dua serbuan di Mentakab dan Kuala Lumpur pada 28 Julai lepas.

"Pihak polis masih memburu ketua sindiket itu yang dikenali sebagai "Odi" atau nama sebenarnya Norin Azlan Deraman, 36, beralamat terakhir di A-6-10 Cheras Ria Apartment Kampung Baru Cheras," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

"Pada 28 Julai lepas, Polis Temerloh telah menahan lima anggota kumpulan itu dan hasil tangkapan itu dan siasatan yang dilakukan, polis berjaya menemui sembilan kenderaan curi, dua pada hari tangkapan suspek terbabit dan tujuh lagi pada dua hari lepas yang ditemui disimpan di sebuah rumah di Mentakab," katanya.

Antara kenderaan yang ditemui ialah pacuan empat roda, lori dan kereta.

"Selain sembilan buah kereta tersebut, polis turut menemui pelbagai alat kenderaan yang telah dileraikan di rumah berkenaan yang dianggarkan bernilai RM50,000," katanya.

Beliau berkata, modus operandi kumpulan itu ialah mencuri kenderaan dan meleraikan bahagian-bahagian kenderaan untuk dijual dengan harga murah.

Katanya, kejayaan tersebut adalah hasil intipan polis Temerloh menerusi Ops Lejang terhadap kumpulan berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung suspek yang dikenali sebagai "Odi" diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

default image

Pak Man Meninggal Pada Usia 117 Tahun

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain