suria

Pembantu Tadbir Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu Maut Dalam Kemalangan

KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu tadbir di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Hiliran Masjid malam Sabtu.

Mat Rani Jusoh, 50, meninggal dunia di tempat kejadian pukul 10.45 malam semasa dalam perjalanan pulang selepas menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Anak mangsa Nurul Farahein Mat Rani, 22, berkata ayahnya keluar rumah kira-kira pukul 8.45 malam untuk menonton perlawanan bola sepak antara T-Team dan Sarawak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin berkata suspek yang berusia 39 tahun dan berasal dari Kampung Padang Hiliran di sini ditangkap orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk bedah siasat.- BERNAMA

Artikel Lain