Abdullah Puji Kepimpinan PM - Semasa | mStar

Abdullah Puji Kepimpinan PM

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Sabtu memuji kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan pelaksanaan pelbagai program transformasi bagi membawa Malaysia ke mercu kejayaan yang lebih tinggi.

Beliau berkata pelbagai program transformasi seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Politik yang diusahakan adalah bukti komitmen Perdana Menteri bagi membangunkan negara.

"Najib komited dan bekerja keras. Rakyat telah melihat dan mendengar pembaharuan dan dasar transformasinya untuk negara yang memberi manfaat kepada rakyat. Ini adalah amat baik," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka beliau di Dewan Sri Endon, Presint 10 di sini, Sabtu.

Abdullah diiringi isterinya, Tun Jeanne Abdullah. Turut hadir pada majlis itu ialah Najib, Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bagaimanapun, Abdullah berkata interpretasi rakyat dan "apa yang ada dalam dalam hati mereka" adalah sesuatu yang tidak dapat diramalkan dalam politik dan pilihan raya dan oleh itu Najib perlu meneruskan usahanya dan berkhidmat kepada mereka dengan penuh dedikasi.

"Kita harap rakyat akan suka kepada Najib. Bagaimanapun, kita tidak tahu apa yang ada dalam hati mereka (Rakyat) memandangkan apa yang saya telah lalui sebelum ini.

"Mereka (rakyat) boleh melihat dan mendengar (dasar dan inisiatif) bagaimanapun apa interpretasi mereka itu adalah sesuatu yang kita tidak tahu dan kita perlu bekerja kuat agar mereka melihat, mendengar dan akan suka kepada kita," katanya.

Sementara itu, Abdullah meminta rakyat mengambil perhatian terhadap kenyataan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang melabel ketua menteri Lim Guan Eng sebagai sombong dan angkuh.

Sementara itu, semasa ditanya siapa yang akan bertanding kerusi Parlimen Kepala Batas, Abdullah berkata perkara itu terserah kepada Perdana Menteri. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain