suria

Pembangkang Digesa Henti Kelirukan Rakyat Berhubung Usia Kemerdekaan Negara - Yahya

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin menggesa pembangkang khususnya Parti Maju Sabah (SAPP) agar berhenti mengelirukan rakyat berhubung usia kemerdekaan negara sempena sambutan hari kemerdekaan.

Katanya, walaupun Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan enam tahun selepas negeri Semenanjung, namun semua negeri bersetuju untuk bersama-sama menyambut hari kemerdekaan di peringkat kebangsaan.

"Apabila ia acara kebangsaan, kita bersetuju mengikut keputusan Kerajaan Pusat. Dan pada 16 September kita boleh meraikan kemerdekaan Sabah. Tiada apa-apa salah dengan itu (sambutan)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Pendidikan 'One Place Mall' di Putatan dekat sini, Sabtu.

Yahya diminta mengulas mengenai tindakan SAPP yang mengedar poster dan risalah menyatakan ulang tahun ke-49 Sabah sebagai negeri yang bebas dari British dan bukannya ulang tahun kemerdekaan ke-55 negara pada 31 Ogos ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain