suria

Aliran Trafik Arah Utara Perlahan, Selatan Lancar

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah utara dilaporkan perlahan manakala di bahagian selatan bergerak lancar setakat jam 10 pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)(he) berkata trafik dari arah utara PLUS bergerak perlahan dari Bertam ke Sungai Petani manakala dari arah selatan PLUS bergerak lancar.

Aliran trafik dari arah utara bergerak perlahan akibat kemalangan kecil yang membabitkan lori dari Bertam ke Sungai Petani.

Trafik bergerak lancar di lebuhraya dari Seremban ke Nilai, dari Kuala Lumpur ke Karak dan di Plaza Tol Gombak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik. - BERNAMA

Artikel Lain