PM Sumbang Tiket Haji Kepada Keluarga Noramfaizul - Semasa | mStar

PM Sumbang Tiket Haji Kepada Keluarga Noramfaizul

KUALA LUMPUR: Keluarga Allahyahyam Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama TV yang terbunuh ketika menyertai misi kemanusiaan ke Somalia tahun lepas, pada Rabu menerima surat tawaran mengerjakan haji daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia disampaikan bagi pihak Najib oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kepada ayah Noramfaizul, Mohd Nor Md Yasin, di rumahnya di Taman Serdang Raya di sini.

"Hari ini genap setahun kami telah berada di bumi Somalia. Allahyarham berada bersama kami tahun lepas. Jadi hari ini kita adakan majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Allahyarham Noramfaizul," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Tawaran mengerjakan haji itu turut dipanjangkan kepada ibu dan adik Noramfaizul, Naemah Abdul Majid dan Nur Najihah.

Noramfaizul, 39, terbunuh akibat terkena tembakan curi di Mogadishu pada 2 Sept 2011 semasa membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa kebuluran Somalia.

Dalam kejadian itu, jurukamera TV3 Aji Sarigar Mazlan turut mengalami kecederaan di lengan akibat terkena serpihan peluru yang menembusi bahu Noramfaizul.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata pihaknya merancang untuk ke Myanmar pada 1 Sept ini bagi misi bantuan kemanusiaan untuk penduduk Rohingnya yang dilaporkan ditindas.

Beliau berkata dana sebanyak RM300,000 telah dikumpulkan sehingga kini untuk tujuan membeli peralatan dan keperluan sepatutnya.

Menurutnya, jaket kalis peluru menjadi antara keperluan utama anggota misi kemanusiaan seterusnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain