suria

Bank Negara Dakwa Kes Pertama Mengikut Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia mendakwa Let Seng Enterprises Sdn Bhd dan pengarahnya, Koh Chye Teck di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi di bawah Seksyen 4(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, bank pusat berkata Koh didakwa menjalankan perniagaan perkhidmatan wang (pertukaran wang) tanpa lesen sah di premis di No. 72, Jalan Besar, Sungai Rengit, 81620 Pengerang, Johor.

"Sejak berkuat kuasa, Let Seng Enterprises Sdn Bhd merupakan kes pertama didakwa di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

"Sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan itu. - BERNAMA

Artikel Lain