suria

360 Kes Denggi Dilaporkan Bagi Tempoh 29 Julai Hingga 4 Ogos

KUALA LUMPUR: Sepanjang minggu lepas sebanyak 371 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara dengan sembilan buah negeri mencatatkan peningkatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman berkata Selangor meningkat kepada 18 kes, Terengganu meningkat 16 kes, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang serta Johor masing-masing meningkat 10 kes, Melaka dan Kelantan enam kes, Perlis dan Perak empat kes.

Beliau berkata angka terkini itu menjadikan jumlah kes terkumpul bagi tempoh Januari hingga 4 Ogos lepas ialah sebanyak 13,533 kes iaitu meningkat 11 peratus atau 1,306 kes berbanding tempoh sama tahun lepas.

Jumlah kematian bagi tempoh yang sama adalah sebanyak 26 kematian,meningkat lima berbanding 21 kematian pada tahun 2011, katanya dalam kenyataan, di sini Khamis.

"Hasil pemantauan mendapati daripada 77,392 premis yang diperiksa, 902 premis dan 1,219 bekas didapati mempunyai pembiakan aedes dan sehingga 4 Ogos, sejumlah 12,110 kompaun maksimum RM500 dikeluarkan dengan nilai sebanyak RM6,055,000," katanya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat agar mengambil peluang sempena hari perayaan yang bakal tiba untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah supaya bebas daripada pembiakan aedes. - BERNAMA

Artikel Lain