Kumpulan Profesional Dihantar Teliti Operasi Harian Syabas - Abdul Khalid - Semasa | mStar

Kumpulan Profesional Dihantar Teliti Operasi Harian Syabas - Abdul Khalid

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mengenal pasti keadaan semasa air terawat di Selangor.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kumpulan itu dihantar kerana Syabas gagal memberi penjelasan terperinci dan memuaskan dalam beberapa isu ketika syarikat tersebut memberi taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, pagi Rabu.

Kumpulan tersebut dianggotai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Suhaimi Kamaruzaman, Pengarah Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) Abas Abdullah, Pengurus Besar Pengurusan Air Kumpulan Perangsang Selangor, Karim Endut dan Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan Perangsang Selangor, Kevin Lee.

"Kami yakin kumpulan ini akan dapat bekerjasama dengan Syabas kerana semua anggotanya berpengalaman luas dalam operasi dan pengurusan air," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini, Rabu.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri telah menyediakan surat memaklumkan hasrat mengenai pengambilalihan Syabas kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Katanya, surat tersebut akan dihantar oleh ahli Exco, Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok secara peribadi kepada kementerian itu di Putrajaya pada pukul 11 pagi, Khamis.

"Kami berpendapat isu ini penting dan perlu diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor turut yakin bahawa penstrukturan semula industri air merupakan penyelesaian holistik dan menguntungkan rakyat seperti yang dihasratkan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata, semua kakitangan Syabas di bawah kategori teknikal dan pegawai pengurusan serta pentadbiran peringkat negeri akan dikekalkan dalam proses pengambilalihan syarikat pengurusan air tersebut.

"Hanya pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula. Jadi kita harap kakitangan Syabas tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka," katanya

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain