Empat Bilik SMK Bachok Musnah Dalam Kebakaran - Semasa | mStar

Empat Bilik SMK Bachok Musnah Dalam Kebakaran

KOTA BARU: Empat bilik di blok bangunan lama Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok dekat sini musnah dalam kebakaran malam Ahad dengan kerugian dianggarkan RM150,000.

Pegawai Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Azmi Ibrahim berkata bilik yang musnah dalam kebakaran kira-kira 9.55 malam itu ialah bilik kaunseling, bilik sukan, bilik pendidikan seni dan bilik suis utama.

Katanya, seramai 16 anggota bomba membabitkan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok dan Pengkalan Chepa dengan dibantu anggota bomba sukarela, berjaya mengawal api daripada merebak ke bangunan berhampiran dan kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pada 11.15 malam.

Unit Siasatan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu sedang menyiasat punca kebakaran itu, katanya.

Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Bachok Saupi Majid berkata kebakaran itu tidak menjejaskan pembelajaran lebih 800 pelajar sekolah berkenaan kerana ia tidak melibatkan bilik darjah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain