BN P.Pinang Bidas Kerajaan Negeri Putar Belit Kenyataan PM - Semasa | mStar

BN P.Pinang Bidas Kerajaan Negeri Putar Belit Kenyataan PM

GEORGE TOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, pada Selasa membidas tindakan pemimpin kerajaan negeri yang memutar belit kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai cadangan pelabuhan bebas di negeri ini.

Ketua Penerangan BN negeri, Tan Cheng Liang berkata anggota exco kerajaan negeri yang juga anggota Parlimen Tanjong Chow Kon Yeow dalam kenyataan akhbarnya semalam, mengelirukan rakyat dengan menyembunyikan fakta sebenar kenyataan perdana menteri.

Chow dipetik sebagai berkata perdana menteri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen mengatakan status Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas tidak lagi wujud selepas pulau itu dimasukkan ke dalam Kawasan Utama Kastam.

"Sebenarnya perdana menteri dalam kenyataan penuhnya berkata kerajaan pusat bersedia mempertimbang cadangan BN mewujudkan pelabuhan bebas bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri dengan adanya sokongan daripada rakyat Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Tan menyifatkan tindakan pemimpin kerajaan negeri yang hanya menyiarkan jawapan yang memihak kepada mereka sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak telus.

Tindakan Chow yang memutarbelitkan kenyataan perdana menteri itu jelas menunjukkan kebimbangan negeri pimpinan pakatan pembangkang terhadap keupayaan BN dalam melaksanakan cadangannya, katanya.

Khamis lepas, BN negeri melancarkan kempen mengutip tandatangan rakyat Pulau Pinang selama sebulan sebagai petisyen menyuarakan kehendak rakyat yang mahukan Pulau Pinang menjadi negeri pelabuhan bebas.

Tan berkata BN negeri yakin petisyen itu akan mendapat pertimbangan positif rakyat Pulau Pinang dan parti itu menyasar mengumpul tandatangan sebanyak 1.5 juta penduduk. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain