suria

PM Pilih Pakaian Rasmi Untuk Tiga Sambutan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat, memilih pakaian rasmi untuk sambutan Hari Kibarkan Jalur Gemilang pada 17 Julai ini, sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 pada 31 Ogos, dan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Bagi setiap sambutan, tiga pasang pakaian lelaki dan wanita yang direka oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, diperagakan kepada Perdana Menteri untuk dibuat pilihan.

Turut menyaksikan rekaan yang diperagakan di Aras lima bangunan pejabat Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, serta lain-lain anggota jemaah menteri, dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Dr Ali Hamsa.

Sebaik selesai membuat pilihan serta memberikan komen mengenai pakaian-pakaian itu, Najib kemudiannya mempengerusikan mesyuarat kabinet. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain