Pengurus Pusat Refleksologi Cedera Parah Di Bahu Akibat Ditembak - Semasa | mStar

Pengurus Pusat Refleksologi Cedera Parah Di Bahu Akibat Ditembak

KLANG: Seorang pengurus pusat refleksologi cedera parah di bahu kanan setelah ditembak di kawasan persimpangan lampu isyarat di Taman Bayu Perdana di sini, Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa Teo Kian Soon, 40, yang memandu kereta Toyota Camry berhenti di kawasan lampu isyarat tersebut dan dipercayai ditembak dua suspek bermotosikal.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi berkata berdasarkan kesan pecah pada cermin kereta mangsa, tembakan itu dilepaskan dari jarak dekat.

"Mangsa tidak menyedari kehadiran suspek...namun siasatan awal mendapati dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal dipercayai bertanggungjawab melepaskan tembakan itu ke arah mangsa," katanya.

Beliau berkata tiada orang awam dapat mengecam motosikal yang terlibat kerana suspek memecut laju meninggalkan tempat kejadian selepas melepaskan tembakan.

Mohamad berkata berdasarkan pemeriksaan ke atas kenderaan mangsa, pihaknya tidak menolak kemungkinan hanya satu das tembakan dilepaskan ke arah mangsa.

Mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Katanya siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain