Tarikh PRU-13: Najib Jawab Mudah Sahaja - Semasa | mStar

Tarikh PRU-13: Najib Jawab Mudah Sahaja

KUALA LUMPUR: Tarikh pilihan raya umum (PRU) bergantung pada ketetapan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kuasa budi bicara untuk menetapkan bilakah tarikh pilihan raya itu dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan selagi ia tidak dipinda.

"Itu sistem kita melainkan kita ubah sistem perlembagaan negara kita yang membenarkan perdana menteri pada masa berkenaan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen tetapi tidak lewat daripada lima tahun.

"Itu peruntukan perlembagaan. Selagi kita tidak ubah perlembagaan, kita tak boleh kata perlu buat (pilihan raya) lebih awal atau sampai penghujung (penggal) sebagai satu ketetapan," katanya kepada para pemberita dalam sidang akhbar selepas selesainya mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di sini pada Jumaat.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Khamis yang berkata beliau sedia mencadangkan agar PRU hanya akan diadakan selepas berakhirnya penggal lima tahun pemerintahan mana-mana kerajaan.

Najib berkata: "Semua orang ada hak untuk beri pandangan masing-masing, tidak ada apa-apa yang menyekat kita untuk adakan pilihan raya lebih awal atau sampai habis tempoh sesuatu penggal."

Mengikut Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen perlu terus berjalan selama lima tahun daripada tarikh mesyuarat pertamanya dan terbubar selepas tempoh itu.

Nazri secara peribadi berkata, beliau percaya Ahli Parlimen sepatutnya berkhidmat sepenuh penggal kerana rakyat memilih wakil mereka bagi tempoh berkenaan.

"Saya fikir tempoh lima tahun bermakna wakil rakyat perlu berkhidmat dalam tempoh itu sebelum PRU diadakan semula," kata Nazri lagi ketika berucap di Dewan Rakyat pada Khamis.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain