Nazri Sedia Jadi 'Orang Tengah' Kaji Parlimen Bubar Akhir Penggal - Semasa | mStar

Nazri Sedia Jadi 'Orang Tengah' Kaji Parlimen Bubar Akhir Penggal

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sedia menjadi 'orang tengah' untuk mengkaji kemungkinan mencadangkan agar Pilihan Raya Umum (PRU) hanya akan diadakan selepas berakhirnya penggal lima tahun.

Jelas Mohamed Nazri, beliau secara peribadi percaya bahawa Ahli Parlimen sepatutnya berkhidmat sepenuh penggal kerana rakyat memilih wakil mereka bagi tempoh berkenaan.

"Saya fikir tempoh lima tahun bermakna wakil rakyat perlu berkhidmat dalam itu sebelum PRU diadakan.

"Saya sedia menjadi wakil bagi cadangan ini agar dibincangkan dan kemungkinan ia dilaksanakan," katanya ketika berucap pada sesi jawapan bagi Jabatan Perdana Menteri perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 di Dewan Rakyat pada Khamis.

Selain itu Mohamed Nazri memberitahu Dewan Rakyat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan perbincangan kementerian berkaitan bagi membolehkan akses kepada media oleh parti politik.

Mengulas mengenai kos perjalanan pilihan raya meningkat, Mohamed Nazri berkata: "Ia meningkat kerana kos mencetak kertas undi, buku panduan kepada petugas pilihan raya serta pengangkutan bertambah sejak PRU terakhir diadakan pada 2008."

Malah katanya, peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri juga meningkat sejak 2008 daripada RM3.4 bilion kepada RM5.7 bilion tahun ini kerana jumlah agensi di bawah jabatan itu turut bertambah daripada 34 kepada 54 agensi.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain