suria

Skim Pencen Sektor Swasta Perlu Untuk Tangani Kemiskinan - Dr Subramaniam

KUALA LUMPUR: Satu skim pencen sepanjang hayat untuk pekerja sektor swasta perlu diwujudkan untuk menangani kemiskinan di kalangan pesara, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Dr Subramaniam berkata, ramai rakyat Malaysia yang sudah tua hidup dalam kemiskinan, terutamanya mereka yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah, kerana simpanan KWSP mereka tidak mencukupi untuk bertahan untuk kehidupan selepas bersara.

"Perlu ada beberapa jenis sistem yang menyediakan pencen sepanjang hayat bagi warga tua kerana kemiskinan di kalangan warga tua adalah masalah yang semakin meningkat," kata Dr Subramaniam selepas melancarkan seminar Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) seminar di sini, Isnin.

"Dengan jangka hayat rakyat Malaysia yang lebih lama berbanding beberapa tahun ke belakangan ini, kita dapati bahawa simpanan KWSP tidak mencukupi bagi sesetengah orang," katanya.

Dr Subramaniam berkata, bagaimanapun skim yang dicadangkan masih di peringkat perbincangan dan maklum balas perlu dikumpul daripada semua pihak termasuk daripada rakyat Malaysia.

Artikel Berikut

Artikel Lain