Polis Tahan 17 Lelaki Berikutan Serangan Ke Atas Pelajar SMK Cheras Perdana - Semasa | mStar

Polis Tahan 17 Lelaki Berikutan Serangan Ke Atas Pelajar SMK Cheras Perdana

KUALA LUMPUR: Polis menahan 17 lagi lelaki yang dipercayai terbabit dalam serangan ke atas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Perdana di luar kawasan sekolah itu pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata kesemua suspek yang ditahan itu berumur antara 15 hingga 21 tahun dan enam daripada mereka sudah menamatkan persekolahan.

"Polis memberkas tiga suspek sejurus selepas kejadian terbabit berdasarkan penemuan motosikal di lokasi kejadian yang ditinggalkan selepas kejadian. "Susulan daripada itu, polis menahan 17 lagi suspek sehingga malam tadi ," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Akhbar hari ini melaporkan hampir 30 pelajar sekolah SMK Cheras Perdana diserang oleh sekumpulan remaja yang bersenjata kayu, besi, cota dan topi keledar sehingga menyebabkan 10 pelajar dan seorang guru Penolong Kanan Sekolah cedera parah. Menurut laporan akhbar itu lagi, serangan terbabit berlaku pukul 12.30 tengah hari sejurus pelajar tingkatan tiga, empat dan lima keluar dari perkarangan sekolah selepas tamat sesi pagi persekolahan.

Sehubungan itu, Adnan berkata bagi mengelakkan penularan budaya gangsterism dan kes pergaduhan di sekolah, polis akan bertindak segera dalam mengesan suspek yang terlibat sekaligus menyelesaikan kes sedemikian secara menyeluruh.

Beliau berkata 10 pelajar dan seorang guru yang cedera dalam serangan terbabit dilaporkan stabil dan kini dirawat di Hospital Columbia Asia Cheras sebagai pesakit luar.

Katanya kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian air kencing juga didapati negatif.

Polis masih menyiasat sekiranya terdapat saki baki mereka yang terbabit dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Kesemua mereka ditahan reman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain