SPR Minta Pemilih Semak Butiran Dari Sekarang - Semasa | mStar

SPR Minta Pemilih Semak Butiran Dari Sekarang

KUANTAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua yang telah berdaftar sebagai pemilih, terutama yang mendaftar pada suku pertama tahun ini, agar menyemak butiran mereka dengan SPR dari sekarang.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata semakan itu perlu bagi SPR membuat pindaan atau pembetulan jika ada kesilapan, sebelum pilihan raya umum ke-13 berlangsung.

"Jangan tunggu sehingga hari mengundi baru nak semak, ini akan menyukarkan kedua-dua pihak jika berlaku kesilapan dan sebagainya sebab kita tak tahu bila pilihan raya akan diadakan," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Inovasi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPR 2011, di sini, Isnin.

Sehubungan itu juga katanya SPR akan mengadakan kempen semakan daftar pemilih secara besar-besaran selama sebulan bermula 1 hingga 31 Jun ini di seluruh negara.

Beliau juga meminta 100,000 pemilih yang dikesan mempunyai alamat sama agar mengemas kini maklumat mereka dengan SPR bagi mengelak kesulitan apabila pilihan raya berlangsung kelak.

"Ini kerana segala butiran atau pindaan tidak boleh dibuat menerusi talian, SMS atau panggilan telefon kepada SPR, malah mengikut undang-undang SPR tidak ada hak untuk meminda alamat atau apa-apa butiran melainkan pemilih sahaja yang berhak membuat pertukaran dan pindaan tersebut," katanya.

Beliau berkata pemilih yang ingin melakukan pindaan perlu mengisi Borang A dan pindaan yang dibuat sebelum suku kedua tahun ini berakhir akan dipamerkan pada minggu ketiga bulan Ogos nanti.

Mengenai poster pilihan raya, Abdul Aziz berkata SPR akan memutuskan sama ada mewajibkan parti politik yang bertanding meletakkan nama pencetak dan penerbit pada poster yang mempunyai slogan parti.

"Perkara ini akan diputuskan esok dalam mesyuarat panel SPR. Dulu kita tarik balik arahan tersebut," katanya menjelaskan perkara tersebut hanya meliputi poster yang tidak dicetak dan poster berslogan.

Poster yang hanya memaparkan gambar calon dan nama kawasan yang ditandingi tidak termasuk dalam peraturan ini, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa