suria

Bersih 3.0: KPT Minta 22 Pelajar Tampil

PETALING JAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggesa 22 pelajar yang gambar-gambar mereka telah disiarkan oleh pihak polis berhubung perhimpunan Bersih tampil ke hadapan dan membantu penyiasatan polis.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kementerian itu akan bekerjasama dengan polis untuk mencari pelajar terbabit.

"Jika kami dahulu yang bertemu pelajar ini, kami akan menasihati mereka supaya menyerah diri dan membiarkan pihak polis menyoal mereka. Mereka tidak harus takut," katanya selepas merasmikan kampus Kolej Pendidikan Awal Kanak-kanak di Damansara Damai pada Jumaat.

22 pelajar adalah di kalangan mereka 49 yang gambar-gambar mereka yang telah disiarkan oleh pihak polis berkaitan pelbagai kesalahan yang dilakukan pada perhimpunan Bersih.

Artikel Sebelum

Artikel Lain