suria

Pemandu Kontena Bantah Kenaikan Caj Depot Di Pelabuhan Klang

PELABUHAN KLANG: Lebih 2,000 pemandu lori kontena mengadakan demonstrasi aman di Pelabuhan Klang pada Rabu bagi membantah kenaikan caj yang dikenakan pemilik depot terhadap mereka bagi menghantar atau mengambil kontena di pelabuhan itu.

Pengerusi Pemandu-pemandu Kontena Semenanjung Malaysia Abdul Aziz Yusof berkata Persatuan Depoh Kontena Malaysia (MCDA) sebelum ini hanya mengenakan caj RM5, namun dinaikkan sehingga RM20 sejak setahun lepas tanpa mengeluarkan sebarang notis.

"Sebelum ini, caj perkhidmatan untuk menghantar dan mengambil kontena ke depot telah ditetapkan oleh MCDA iaitu sebanyak RM5 dan ia telah mendapat persetujuan daripada semua pemandu. "Namun sejak lebih setahun yang lepas, pemilik depot telah menaikkan kadar caj sesuka hati tanpa membincangkan perkara itu bersama dengan pemandu-pemandu lori dan juga tiada sebarang notis dikeluarkan berhubung perkara itu," katanya di sini. Abdul Aziz berharap pihak kerajaan negeri tampil ke depan dan membantu mereka agar masalah itu tidak berlarutan. -BERNAMA

Artikel Lain