suria

134,000 Biji Pil Estacy Bernilai RM8.4 Juta Dirampas

BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang berjaya merampas 134,000 biji pil estacy bernilai RM8.4 juta dalam satu serbuan di sebuah rumah tumpangan di Pulau Tikus, dekat sini awal pagi Khamis lepas.

Pengarahnya, Datuk Zulkifli Yahya berkata bertindak atas risikan dan maklumat awam, sepasukan pegawai kastam narkotik, polis bahagian narkotik Kontijen Polis Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menyerbu rumah tumpangan itu pukul 1 pagi.

"Kediaman teres dua tingkat itu dijadikan rumah tumpangan dan disyaki menyimpan dadah berbahaya. Hasil pemeriksaan kita menemui 133 bungkusan berisi 134,00 biji pil estacy tersebut dengan nilai pasaran RM8.4 juta," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Hadir sama pada sidang akhbar itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang Supt S.Batumalai dan Penguasa Kanan SPRM Pulau Pinang Yaacop Angah.

Zulkifli berkata, pihaknya menahan pengurus rumah tumpangan itu, seorang wanita warganegara Indonesia berusia lingkungan 60-an bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti modus operandi sindiket pengedaran dadah berkenaan, dan wanita itu direman sehingga 2 Mei bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain