suria

Perusuh Bertindak Agresif, Serang Kereta Peronda Polis

Sekumpulan pesuruh menyerang kereta peronda polis, awal pagi Sabtu.
Sekumpulan pesuruh menyerang kereta peronda polis, awal pagi Sabtu.
Sekumpulan pesuruh menyerang kereta peronda polis, awal pagi Sabtu.

KUALA LUMPUR: Sekumpulan perusuh menyerang sebuah kereta peronda polis yang melalui Dataran Merdeka awal pagi, Sabtu.

Insiden itu berlaku pada pukul 3 pagi dan menyaksikan mereka bertindak agresif dengan merosakkan bonet kereta peronda tersebut.

Gambar yang merakamkan insiden itu turut dimuat turun di beberapa laman blog termasuk http://stopthelies.my dan http://bigcatrambleon.blogspot.com serta YouTube.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh mengesahkan bahawa polis menerima laporan berhubung insiden itu.

Beliau berkata, tiada provokasi dicetuskan oleh pegawai polis yang berada di dalam kereta peronda itu.

Mereka hanya melalui kawasan tersebut ketika insiden itu berlaku.

Polis sedang menyiasat perkara itu.

Artikel Lain