suria

Fasa Kedua Projek Tebatan Banjir Sibu Bermula Pertengahan Mei - PM

SIBU: Fasa kedua projek tebatan banjir Sibu akan bermula pertengahan bulan depan dengan kos sebanyak RM50 juta, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Jumaat.

Beliau berkata fasa lain projek itu akan dibangunkan secara berperingkat, bukti kerajaan tetap mengotakan janjinya meskipun Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada 2010.

"Fasa pertama membabitkan peruntukan sebanyak RM250 juta, pembinaan lima sistem saliran yang telah siap dilaksanakan," katanya ketika merasmikan pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Thai Kwang yang berharga RM12 juta di Jalan Lanang di sini.

Di bawah fasa pertama, kerajaan mengenal pasti lima kawasan sempit di sepanjang Sungai Rajang di mana ia telah dikorek untuk memperbaiki aliran air selain melakukan kerja-kerja membina lima saliran utama.

Peruntukan itu diberi di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. - BERNAMA

Artikel Lain