suria

Tiada keturunan warisi harta RM877 juta, Stephen Chow letak nama 2 pelakon cantik dalam wasiat

Stephen Chow dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak RM877 juta.

KECEMERLANGAN karier raja komedi iaitu Stephen Chow selama 34 tahun menjadikannya sebagai salah seorang selebriti terkaya di Hong Kong.

Dilaporkan Stephen, 62, memiliki kekayaan bernilai AS$185 juta atau RM877 juta hasil daripada lakonan dan pengarahan selain terlibat dalam beberapa jenis perniagaan.

Bagaimanapun, pelakon filem Shaolin Soccer itu tidak bercadang meninggalkan semua harta tersebut kepada keluarga sebalik ada perancangan lain.

WhatsApp Image 2024-05-06 at 15.11.25

Stephen Chow sertakan nama Cecilia Cheung dan Xu Jiao dalam wasiatnya.

Stephen menerusi hantaran di laman sosial Weibo mendedahkan dia mewasiatkan sebahagian daripada kekayaannya kepada dua pelakon wanita iaitu Cecilia Cheung dan Xu Jiao.

Cecilia diketahui memang mempunyai hubungan akrab dengan Stephen memandangkan mereka banyak terlibat dalam pelbagai filem seperti King of Comedy pada 1999, Shaolin Soccer (2001) dan The New King of Comedy (2019).

ARTIKEL BERKAITAN:Stephen Chow Berpisah Selepas 10 Tahun Bercinta

ARTIKEL BERKAITAN:Kenji Sawahi jaga standard pelakon, tolak tawaran buat live jual produk - “Pernah nampak Stephen Chow jual barang?”

Manakala Xu Jiao pula pernah berlakon bersama Stephen dalam filem komedia sci-fi berjudul CJ7 ketika usianya lapan tahun.

Sejak itu, hubungan mereka bertambah akrab dan dilaporkan Xu Jiao juga adalah anak pembaptisan Stephen dan turut membantu pelakon berusia 26 tahun itu dari segi kewangan.

Untuk rekod, Stephen tidak pernah berkahwin atau pun mempunyai anak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain