APMM Tahan Dua Bot Nelayan Vietnam - Semasa | mStar

APMM Tahan Dua Bot Nelayan Vietnam

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot dan 18 nelayan Vietnam ketika sedang menangkap sotong di perairan negara ini, malam Selasa.

Komander APMM Daerah Tok Bali, Zainin Abdul Majid berkata kedua-dua bot berkenaan ditahan secara berasingan iaitu pukul 10.50 malam dan 11.15 malam, kira-kira 109 batu nautika, Timur Laut Tok Bali.

"Bot dan nelayan berkenaan ditunda ke jeti operasi Maritim Tok Bali untuk tindakan pendakwaan kerana menceroboh perairan Malaysia," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat APMM Tok Bali di sini, Rabu.

Beliau berkata nelayan terbabit, yang berumur antara 17 dan 51 tahun, ditahan sebuah kapal APMM yang disertai 16 anggota diketuai Kdr Norhafizi Mohd Rafek. Zainin berkata kedua-dua bot serta alat menangkap ikan bernilai RM800,000 dirampas.

Katanya mereka akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM1 juta atau enam bulan penjara bagi tekong dan RM100,000 atau enam bulan penjara setiap awak.

Beliau berkata dari Januari hingga 17 April lepas sejumlah 10 kes membabitkan 118 nelayan Vietnam dan Thailand ditahan kerana menceroboh perairan negara ini.

Zainin berkata pencerobohan itu didorong perairan negara yang mempunyai banyak ikan berbanding dengan negara mereka yang semakin pupus disebabkan tiada kawalan penangkapan sebagaimana dilakukan di negara ini.

Katanya keadaan masih terkawal hasil rondaan yang sentiasa dilakukan APMM di bawah Ops Perkasa Timur. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Anwar: Selangor Disaran Tidak Bubar DUN

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?