Mangsa Kemalangan Adakan Upacara Akad Nikah Di Hospital - Semasa | mStar

Mangsa Kemalangan Adakan Upacara Akad Nikah Di Hospital

 Murni Osman, 33, mencium dahi suaminya, Izman Mohamad, 35,  yang patah bahu dan hidung akibat kemalangan jalan raya selepas majlis pernikahan mereka yang diadakan di Hospital Melaka di sini, Sabtu. - Foto UTUSAN.
Murni Osman, 33, mencium dahi suaminya, Izman Mohamad, 35, yang patah bahu dan hidung akibat kemalangan jalan raya selepas majlis pernikahan mereka yang diadakan di Hospital Melaka di sini, Sabtu. - Foto UTUSAN.

MELAKA: Kemalangan motosikal yang serius menyebabkan seorang pembantu am koma selama tiga hari tidak mematahkan semangat mangsa untuk meneruskan majlis akad nikahnya seperti yang dirancang.

Izman Mohamad,35, dinikahkan bersama pasangannya, Murni Osman, 33, dalam satu upcara yang ringkas di Wad Ortopedik di Hospital Melaka di sini, pada Sabtu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh imam Masjid Fat’hur Rahman, Yunos Bidin pada pukul 10 pagi.

Murni yang juga kerani di pejabat Umno Bukit Katil di sini, berkata dia melahirkan rasa bersyukur kerana majlis yang serba ringkas itu berjalan lancar dan dihadiri oleh ahli keluarga dan staf di wad ortopedik.

Menurut Murni, dia mengenali Izman kira-kira setahun yang lalu dan sepatutnya melangsungkan majlis perkahwinan mereka di Durian Daun di sini, pada Sabtu.

“Saya sangat bersyukur, gembira dan berasa lega kerana majlis akad nikah dapat berlangsung seperti yang dirancang walaupun ia terpaksa diadakan di hospital,” katanya.

Dia berkata suaminya berada dalam keadaan koma selema tiga hari selepas motosikal yang dinaikinya berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Hang Tuah pada pukul 1 petang, 6 April lalu.

Murni berkata Izman dibenarkan keluar dan menghadiri majlis bersanding mereka yang akan berlangsung pada Ahad di Dewan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Durian Daun. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain