Senarai Calon Pemuda Umno Untuk PRU-13 Diserah Hujung Bulan Ini - Khairy - Semasa | mStar

Senarai Calon Pemuda Umno Untuk PRU-13 Diserah Hujung Bulan Ini - Khairy

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno akan menyerahkan senarai calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hujung bulan ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata senarai itu hampir siap tetapi belum muktamad kerana beberapa aspek seperti kelayakan calon yang akan dipilih perlu dinilai sebelum diserah kepada Perdana Menteri.

"Berapa ramai belum muktamad lagi... jadi saya tidak berani untuk umumkan lagi kerana kita perlu menyemak, menapis serta membuat rujukan dahulu," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup dan penyerahan resolusi Persidangan Meja Bulat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di sini Rabu.

Beliau berkata setiap calon dipilih berdasarkan beberapa kriteria termasuk berkhidmat sebagai seorang pemimpin Pemuda Umno selama tiga tahun, selain penerimaan masyarakat umum dan parti terhadap mereka dan ciri ini amat penting bagi menentukan kelayakan calon tersebut.

"Calon yang kita pilih tidak hanya popular di dalam parti tetapi diterima masyarakat masyarakat.

"Kalau dia popular di kalangan masyarakat setempat sahaja tapi tidak popular dalam partipun ada masalah juga sebab nanti susah untuk gerakkan jentera, jadi kena ada kombinasi kedua-duanya sekali," katanya. Khairy berkata calon juga mesti rajin menyelesaikan masalah rakyat serta berpengetahuan mengenai dasar kerajaan dan cara menyelesaikan sesuatu aduan.

"Kalau nak selesaikan masalah dengan Majlis Daerahpun tidak tahu, itu kira tiada ilmu pengetahuan.

"Tapi bagi saya, dia tidak perlu ada ijazah untuk tahu bagaimana hendak selesai masalah longkang, masalah orang kampung, kita mahukan calon yang serasi dengan agensi kerajaan serta tahu sedikit sebanyak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dan pemimpin," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding, Khairy berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan Perdana Menteri dan akan tetap melaksanakan setiap arahan yang diberikan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain