suria

ADUN Simpang Pulai Diarah Keluar Dewan

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai diperintah keluar dari Dewan Undangan Negeri selepas bertindak naik ke atas podium tempat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganesan untuk menyerahkan soalannya yang telah ditolak.

Ganesan kemudiannya mengarahkan Chan untuk meninggalkan dewan.

Menjelaskan perkara itu, Ganesan berkata setiap soalan yang dikemukakan mestilah relevan.

"Soalan yang diberikan adalah diambil kira mengikut Perintah Tetap 23 (1)(a) yang mana nama tidak boleh dimasukkan di dalam soalan dan kenyataan (soalan) itu tidak perlu dijawab," katanya pada sesi persidangan Isnin.

Walaupun Ganesan memberi penjelasan mengenai perkara itu, Chan yang masih berang bertindak meninggikan suara terhadap Speaker dan Exco-exco kerajaan negeri sehingga beliau bertindak menaiki kawasan podium tempat duduk Speaker.

Tindakan itu yang mengganggu sesi persidangan dewan menyebabkan Ganesan meminta Chan keluar dewan.

"Adun Simpang Pulai sila keluar dewan sekarang," katanya.

Chan tidak berpuas hati kerana empat daripada lima soalan bertulis mengenai pembalakan, kuari, pertanian dan projek infrastruktur awam tidak dijawab Exco yang berkaitan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain