Zahrain Dakwa Anwar Saman Nallakaruppan Bermotifkan Politik - Semasa | mStar

Zahrain Dakwa Anwar Saman Nallakaruppan Bermotifkan Politik

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim mendakwa tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman Senator Datuk S. Nallakaruppan RM100 juta kerana memfitnahnya adalah sandiwara politik.

Beliau berkata Anwar sepatutnya menyaman Nallakaruppan atas kenyataannya yang didakwa memfitnah Ketua Pembangkang itu sejak dulu lagi dan bukan hanya pada masa kini.

Zahrain mendakwa tindakan Anwar menyaman Nallakaruppan pada Selasa lepas hanya bermotifkan politik untuk meraih undi memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin hampir.

Beliau berkata demikian bagi menggulas kenyataan Nallakaruppan semalam yang tidak akan berganjak daripada kenyataannya yang didakwa Anwar sebagai "tuduhan memfitnah dan berniat jahat" .

Selasa lepas, Anwar memfailkan tindakan undang-undang ke atas Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) terhadap kenyataan Nallakaruppan itu yang disiarkan oleh akhbar tersebut.

Menurut Naib Presiden PKR, N. Surendran, Anwar melalui firma Edwin Lim Suren & Soh telah menghantar surat tuntutan bagi meminta Nallakaruppan dan UMMB menarik semula berita itu, memohon maaf serta membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta ekoran penyiaran artikel tersebut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain