suria

Projek Lynas Selamat Jika Dipantau - Ahli Parlimen PAS

SHAH ALAM: Projek pembinaan loji nadir oleh Kumpulan Lynas di Gebeng, Pahang adalah selamat selagi operasinya dipantau dengan baik, kata Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat.

Beliau yang juga pakar sains nuklear berkata, pemantauan berterusan terhadap operasi kilang berkenaan perlu dilakukan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan.

"Ia selamat sekiranya ada pemantauan yang baik," katanya sambil mempertahankan kenyataannya sebelum ini berhubung tahap keselamatam pembinaan projek berkenaan.

Che Rosli menerusi laporan Buletin Utama TV3 pada 24 Ogos tahun lalu, mempertikaikan sikap pembangkang berhubung pembinaan kilang memproses nadir bumi oleh Lynas yang sering dimomokkan sebagai membahayakan kesihatan dan keselamatan awam.

Tegas beliau kilang itu bukan loji nuklear sebagaimana gambaran yang sering diberi Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh melainkan hanya kilang memproses nadir bumi yang kandungan radiasinya jauh lebih rendah berbanding kandungan bijih.

Artikel Lain