suria

Dakwaan Malaysia Jalin Hubungan Dagang Dengan Israel Untuk Lindungi Anwar

SERDANG: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan dakwaan Malaysia mengadakan urusan perniagaan dengan Israel sengaja direka untuk mempertahankan hubungan akrab Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan negara itu.

"Israel berusaha untuk menyokong Anwar dengan menyediakan statistik bahawa Malaysia menjalin hubungan perdagangan dengan negara itu.

"Kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel tetapi laporan itu dibuat untuk melindungi Anwar yang ada hubungan rapat dengan kebanyakan pemimpin di Israel," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Anwar menerima pelbagai kritikan ekoran kenyataannya dalam temu bual bersama majalan The Wall Street Journal (WSJ) yang jelas menggambarkan beliau mempertahankan keselamatan rakyat Israel.

Dalam reaksi balas terhadap kritikan itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) supaya mendedahkan urus niaga dengan Israel seperti yang didakwa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain