Ramasamy, Nga Kor Ming Dihadapkan Ke Jawatankuasa Disiplin DAP Khamis Ini

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Dr P. Ramasamy dan setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming akan berhadapan dengan jawatankuasa disiplin DAP Khamis ini berhubung isu berbeza.

Pengerusi jawatankuasa itu Tan Kok Wai berkata jawatankuasa akan melihat aduan yang dibuat terhadap Ramasamy berhubung pelbagai perkara berkaitan pelanggaran disiplin dan dakwaan bahawa Nga menyalahguna kuasa sebagai exco kerajaan negeri semasa pentadbiran gabungan PKR-DAP-PAS di Perak.

"Jawatankuasa akan bermesyuarat Khamis pada pukul 4 petang untuk melihat perkara itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Empat aduan dibuat terhadap Ramasamy manakala satu aduan dibuat oleh DAP cawangan Greenwood di Ipoh terhadap Nga. Ramasamy terlibat dalam perang mulut dengan pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini, yang menyebabkan arahan untuk tidak mengeluarkan kenyataan dikeluarkan dan kepimpinan tertinggi parti menubuhkan panel yang dianggotai tiga orang untuk menyelesaikan perkara itu. Panel dianggotai pemimpin tertinggi parti penasihat seumur hidup DAP Dr Chen Man Hin, pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan bahawa pertikaian "godfather-warlord" telah berakhir. Bagaimanapun, pada sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya di Pulau Pinang hari ini, Karpal Singh meminta mesyuarat jawatankuasa disiplin diadakan segera untuk memutuskan aduan yang dibuat terhadap Ramasamy.

Dalam menjawab perkara itu, Tan berkata jawatankuasa sebenarnya telah menetapkan Khamis untuk membincangkan perkara itu memandangkan anggotanya sibuk dengan majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina sejak beberapa minggu lepas.

"Saya harap anggota parti tidak pergi kepada media untuk membangkitkan perkara berhubung disiplin parti. Beliau (Karpal Singh) boleh menghubungi saya pada bila-bila masa untuk mengetahui bila kami akan bermesyuarat," katanya.

Tan juga berkata selain isu Ramasamy dan Nga, jawatankuasa disiplin akan turut membincangkan mengenai demonstrasi bantahan sekumpulan anggota parti terhadap pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau di Muar, Johor, Disember tahun lepas. Kumpulan itu dilapor tidak puas hati dengan Boo yang didakwanya merancang meletakkan calonnya sendiri untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Bentayan di Johor pada pilihan raya umum akan datang. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain