suria

MAS Travel Fair 2012 Kembali Dengan Tawaran Istimewa Lebih Menarik

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kembali lagi menganjurkan acara tahunannya, Malaysia Airlines Travel Fair (MATF) 2012 yang sedang berlangsung dari 10 sehingga 17 Februari ini dengan menawarkan tawaran istimewa lebih menarik bagi penerbangan domestik dan antarabangsa.

Sebagai memberi kelesaan kepada pelanggan, setiap tawaran adalah meliputi tambang bagi penerbangan pergi balik termasuk surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.

Tawaran istimewa bagi kelas ekonomi dan perniagaan ini boleh ditempah dari 10 sehingga 17 Februari untuk tempoh penerbangan dari 10 Februari sehingga 31 Julai 2012.

Sebanyak 15 laluan domestik dengan tawaran tambang penerbangan pergi balik serendah RM288 untuk kelas ekonomi dan RM858 bagi kelas perniagaan.

Laluan domestik dari Kuala Lumpur adalah ke Johor Bahru, Alor Setar, Kota Bharu, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Langkawi.

Ini termasuk laluan dari Kuala Lumpur ke Labuan, Tawau, Kuching, Bintulu, Sibu, Miri, Sandakan dan Kota Kinabalu.

MATF turut menawarkan tambang istimewa bagi penerbangan antarabangsa seperti Asia, Timur Tengah, Australasia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Tawaran penerbangan antarabangsa meliputi 13 laluan di Asean, tujuh masing-masing di China/Hong Kong dan Asia Selatan, enam (Australia/New Zealand), lima (Eropah/Turki), empat (Asia Utara) termasuk satu di Los Anglese, Amerika Syarikat.

Orang ramai boleh mendapatkan tambang penerbangan pergi balik serendah RM307 bagi kelas ekonomi dan RM597 kelas perniagaan dari Kuala Lumpur ke Medan.

Antara lain bagi penerbangan pergi balik kelas ekonomi untuk laluan antarabangsa dari Kuala Lumpur adalah Bali (RM525), Hong Kong (RM722), New Delhi (RM1,244), Tokyo (RM1,353), Sydney (RM2,247), Istanbul (RM2,650), Paris (RM3,049), London (RM3,242) dan Los Angeles (RM3,340).

Tawaran istimewa MATF turut boleh didapati di laman web, malaysiaairlines.com, pusat pangilan 1300-88-3000, perkhidmatan mudah alih di flymas.mobi dan kaunter tiket MAS.

Orang ramai juga boleh mengunjungi gerai MASHolidays bernombor 091-092 sempena Selangor MATTA Islamic Travel Fair (SMITF) yang sedang berlangsung tiga hari dari 10 sehingga 12 Februari ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain