Wanita Ditemui Mati Dijerut, Ditikam

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu peribadi di sebuah syarikat teknologi maklumat ditemui mati berlumuran darah dengan kesan jerutan dan tikaman pada leher di dalam keretanya di parkir sebuah Pusat Perniagaan di Seri Kembangan, di sini malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata mangsa, 39, ditemui oleh suaminya setelah mangsa tidak pulang ke rumah selepas waktu bekerja.

"Kelewatan mangsa pulang ke rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong menyebabkan suaminya risau dan terus menghubungi majikan serta mencarinya sebelum mangsa ditemui kira-kira pukul 10.30 malam kira-kira 200 meter dari tempat kerjanya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Abd Razak berkata ketika ditemui kereta mangsa jenis Honda City itu tidak berkunci serta bertutup rapat dan mayat mangsa berada di tempat duduk hadapan bahagian penumpang.

Beliau berkata pemeriksaan di tempat kejadian, polis menjumpai sebilah pisau sepanjang enam inci dan seutas wayar sepanjang 30 sentimeter yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

Katanya polis kini sedang menyiasat motif pembunuhan dan mengikut siasatan awal pihaknya tidak menolak ia dilakukan lebih daripada seorang suspek namun tiada sebarang tanda berlakunya pergelutan.

"Kita tidak menolak suspek melakukan jenayah ketika keadaan hujan lebat menyebabkan tindakannya gagal dikesan orang awam," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. - BERNAMA

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain