suria

Cuepacs Tubuh Jawatankuasa Bertindak SBPA

KUALA LUMPUR: Cuepacs telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi mengesyorkan perubahan dalam skim itu, kata presidennya, Datuk Omar Osman pada Selasa.

Omar berkata, jawatankuasa yangterdiri daripada 15 anggota yang diketuai oleh Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda akan mengadakan mesyuarat pertama pada 10 Februari ini dengan memberikan cadangan-cadangan pada awal Mac.

“Kerta kerja akan diserahkan kepada Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di sini.

Omar turut menegaskan bahawa tiga anggota kanan Cuepacs dilantik dalam kumpulan itu bagi mengkaji semula skim gaji baru untuk kakitangan awam.

Mereka yang dilantik adalah Azih, Setiausaha Agung Loke Yim Pheng dan Setiausaha Kewangan, Jaafar Mansor.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain