PDRM Bentuk Jwtkuasa Khas Kendali Kes Judi Bola - Semasa | mStar

PDRM Bentuk Jwtkuasa Khas Kendali Kes Judi Bola

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia telah mewujudkan sebuah jawatankuasa khas untuk memantau dan menyiasat aktiviti perjudian melibatkan sukan bola sepak negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, jawatankuasa itu berperanan menyiasat sebarang dakwaan kewujudan unsur perjudian atau aktiviti bookie haram dalam perlawanan bola sepak.

"Ia disertai Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Persatuan Bolasepak Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

"Kami tidak boleh mendedahkan lebih lanjut perkara ini kerana kita sedang memantau," katanya kepada pemberita, di sini, Isnin.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah memanggil beberapa pemain bola sepak Liga Perdana negeri Perlis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tawaran rasuah membabitkan pasukan itu yang kalah 2-7 di tangan MP Muar, pada 9 Januari lalu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain