Penjelasan Ketua Audit Negara Hanya Untuk Bersihkan Nama NFCorp: Zuraida - Semasa | mStar

Penjelasan Ketua Audit Negara Hanya Untuk Bersihkan Nama NFCorp: Zuraida

PETALING JAYA: Penjelasan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan pada Rabu sekadar dilakukan untuk membersihkan nama NFCorp yang merupakan pengendali projek berkenaan, kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin.

"Namun penjelasan itu sudah terlambat dan gagal menutupi skandal tersebut kerana duit telah digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, laporan audit jelas menunjukkan NFC gagal dikendalikan dengan baik.

"Angka dalam laporan audit menunjukkan beberapa kelemahan syarikat itu kerana tidak mencapai objektif penubuhannya," kata beliau.

Beliau menambah, wujudnya unsur 'penyelewengan' bukan diterjemahkan dalam bentuk perkataan tetapi dalam laporan audit yang jelas membuktikan kegagalan NFCorp dalam melaksanakan projek tersebut.

Kontroversi projek ternakan lembu itu bermula apabila pembangkang mendedahkan beberapa dakwaan berkaitan penyelewengan peruntukan kerajaan untuk projek berkenaan.

Pembangkang turut cuba mengheret Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke dalam isu itu kerana suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail serta anak-anaknya adalah peneraju National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) yang merupakan syarikat pengendali NFC.

Pada Rabu, Ambrin menjelaskan laporan audit tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir atau ‘in a mess’ mahuppun soal penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap NFC.

Sebaliknya, beliau berkata, “perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan Jabatan Audit Negara (JAN) tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan".

Katanya, pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu bergantung kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut Ambrin, pada perspektif audit, hanya terdapat aspek kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.

“Perkara ini ada dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. Ia membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Podolski intai peluang bersama JDT