Auku Relevan Bagi Orang 'Tidak Tahu Jaga Diri': Tun Mahathir - Semasa | mStar

Auku Relevan Bagi Orang 'Tidak Tahu Jaga Diri': Tun Mahathir

ALOR SETAR: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tetap relevan kepada orang yang tidak tahu menjaga diri dan tidak menghargai peluang yang harus digunakan sebagai seorang mahasiswa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah melarang sekiranya mahasiswa ingin mengadakan sebarang debat dalam kawasan universiti tetapi yang hendak dikawal adalah perbuatan mereka berkempen secara melampau.

"Yang kita larang adalah tindakan nak pergi kempen di sana sini. Orang bayar duit kepada kita. Kita belajar menggunakan orang lain, jadi kena bertanggungjawab dengan orang yang bekalkan kita dengan wang supaya belajar betul-betul.

"Kemasukan (ke universiti) kebanyakan pelajar Melayu bukan kerana pencapaian tinggi, (dan) kalau tak kerja kuat mereka akan ke belakang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi Bicara Tokoh bersama beliau sempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2012 di sini, Khamis.

Dr Mahathir berkata mahasiswa seharusnya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran, dan selepas tamat pengajian dan mempunyai pekerjaan serta pendapatan sendiri, barulah mereka bebas melakukan apa saja.

"Kita fikir (jika) tak demonstrate (berdemonstrasi) tak boleh jadi ahli politik yang baik. Saya dulu takdak demonstration pun tapi boleh jadi ahli politik yang ada kebijaksanaan juga," katanya.

Beliau berkata lebih menyedihkan ialah yang sering terlibat dengan demonstrasi membantah Auku adalah mahasiswa Melayu, manakala kaum lain tidak melakukan perkara itu.

"Saya bukan rasis tapi budak Melayu ini kelulusan tak tinggi, orang inilah yang nak sangat hapuskan AUKU. AUKU tidak relevan kalau kita tahu menjaga diri," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut