Dapatkan Minyak Masak Di Pejabat KPDNKK Jika Bekalan Habis - Ismail Sabri - Semasa | mStar

Dapatkan Minyak Masak Di Pejabat KPDNKK Jika Bekalan Habis - Ismail Sabri

BERA: Para peniaga yang kehabisan bekalan minyak masak boleh mendapatkan bekalan itu di pejabat-pejabat cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di seluruh negara ketika musim perayaan Tahun Baru Cina ini. Menteri berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya menyediakan stok simpanan minyak masak yang banyak sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya kehabisan atau kekurangan bekalan minyak masak sempena cuti perayaan itu.

"Kebiasaannya di musim cuti perayaan, ramai yang mengadakan majlis kenduri dan sebagainya menyebabkan penggunaan minyak meningkat dan kehabisan atau kekurangan bahan tersebut di pasaran.

"Bagi mengatasi kemungkinan perkara itu berlaku, semua pejabat cawangan KPDNKK diarah supaya menyimpan stok bekalan minyak masak yang secukupnya terutamanya minyak jenis paket seberat 1 kilogram," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Klinik Bergerak Puteri Prihatin anjuran Pergerakan Puteri Umno Bahagian Bera di Felda Bukit Pucung, Bera, di sini Ahad.

Setakat pada Ahad, katanya tiada barang laporan diterima mengenai kekurangan bekalan minyak masak atau barang keperluan lain.

"Peniaga atau peruncit yang kehabisan bekalan minyak masak boleh mendapatnya di pejabat cawangan KPDNKK di tempat masing-masing," katanya.

Ismail Sabri berkata, peniaga dan peruncit juga dibenarkan menyimpan barang-barang keperluan termasuk minyak masak lebih daripada biasa untuk keperluan musim perayaan ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka tetap tertakluk di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang dilarang menjual barangan kawalan lebih daripada harga yang ditetapkan. "Kuatkuasa ke atas 13 jenis barangan terkawal di bawah skim kawalan harga musim perayaan berakhir hujung bulan ini," katanya.

Ismail Sabri, yang juga Anggota Parlimen Bera berkata, seramai 1,900 anggota penguatkuasa KPDNKK serta 1,300 pemantau harga bertugas 24 jam bagi memantau harga barang-barang kawalan di musim perayaan ini. "Orang ramai yang menghadapi sebarang masalah, termasuk kekurangan atau kehabisan bekalan atau mendapati peniaga menaikkan harga barang kawalan boleh melaporkan kepada bilik gerakan cawangan KPDNKK yang dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang setiap hari walaupun pada hari cuti am," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Buktikan Ramai Melayu Anggotai DAP - Khairy

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain