Seludup Dadah: Malaysia Berisiko Besar - Semasa | mStar

Seludup Dadah: Malaysia Berisiko Besar

SEPANG: Selepas berjaya mematahkan lima kes penyeludupan dadah bulan ini, kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengisytiharkan semua laluan penerbangan ke Malaysia berhadapan risiko besar untuk kegiatan penyeludupan.

Pengarah Kastam KLIA, Datuk M. Govinden berkata, sindiket telah mengubah laluan asal mereka ke negara ini bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Jadi, tidak kira dari mana destinasi penumpang berlepas, kami akan memperketatkan pemeriksaan. Kami bukan saja fokus terhadap mereka yang tiba dari laluan yang disyaki ada kaitan dengan penyeludupan dadah," katanya.

Govinden berkata, sindiket tersebut kebiasaannya berlepas dari negara-negara Teluk dan India tetapi sekarang mengubah penerbangan dari negara lain.

Katanya, Jabatan Kastam akan menambah bilangan anggotanya untuk memperketatkan pemeriksaan di KLIA.

Beliau turut mendedahkan kes penyeludupan dadah di KLIA semalam membabitkan tiga kilogram syabu bernilai RM750,000 yang dirampas daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 21 tahun.

Lelaki tersebut ditahan pada pukul 1.30 pagi sebaik saja tiba dari Manila, Filipina selepas bagasinya yang diimbas menampakkan imej meragukan.

"Hasil pemeriksaan yang dibuat akhirnya telah menemui satu ruangan khusus di bahagian bawah beg tersebut yang ditutupi dengan lapisan karbon yang dibalut dengan kemas dan rapi dan setelah dibuka kami mendapati di dalamnya mengandungi 10 ketul serbuk putih dadah jenis syabu," katanya.

Lelaki tersebut kini ditahan reman tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Govinden berkata bagi tempoh tiga bulan terakhir tahun ini, jabatan itu berjaya merampas 116.58 kilogram pelbagai jenis dadah bernilai RM27.896 juta.

Tambahnya, 24 orang termasuk 14 warga asing telah ditahan.

Ketika dihubung The Star, Govinden berkata, bagasi yang tiba di KLIA akan diimbas dua kali bagi mengesan barang yang meragukan terutamanya dadah.

Katanya, imbasan pertama akan dilakukan sebelum bagasi tersebut diletakkan di dalam karusel.

Imbasan kedua akan dilakukan sebelum penumpang dibenarkan untuk meninggalkan balai ketibaan dan proses itu turut diwajibkan terhadap semua penerbangan.

"Kami kini mempunyai dua proses saringan. Apabila kami memerhati bagasi yang meragukan, kami turut memeriksa penumpangnya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain